SELAMAT DATANG KE BLOG JAUHARI PERMATA HP-0148433833, WHATSAPP 01125439154

Friday, August 10, 2012

CINCIN AKIK DARAH ASLI 6

Batu permata akik darah pada cincin perak di bawah adalah salah satu daripada 4 biji stok yang baru untuk saiz kecil. Terdapat 2 biji sahaja stok baru untuk akik darah asli saiz besar.
Batu permata akik darah ini adalah salah satu daripada barang yang dianggap mistik selain daripada kecantikan warna dan cahayanya. Batu akik darah dikatakan berasal dari Tanah Arab di mana berlakunya pertumpahan darah para syuhada sewaktu mempertahankan agama Islam yang suci. Ada sesetengah orang yang memiliki batu ini mengalami beberapa perkara yang agak pelik. Sesetengah batu ini apabila direndam dalam air zamzam akan menyebabkan air itu bertukar warna menjadi merah untuk beberapa lama kemudian menjadi jernih kembali. Ada juga batu akik darah menjadi lebih gelap atau pekat warnanya setelah direndam dalam air zam-zam. Sesetengah batu akik darah ini bertukar warna menjadi lebih muda dan ada juga yang kembali ke warna asal, manakala sebahagiannya pula tidak mengalami apa-apa perubahan.
Seorang sahabat telah mengalami satu kejadian apabila tangannya yang memakai cincin akik darah menekap luka pada kaki mangsa kemalangan.Darah yang mengalir pada luka itu telah terhenti. Kita haruslah ingat bahawa sesuatu yang terjadi itu adalah dengan keizinan Allah jua. Kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa berikhtiar dan berserah kepadaNya.

POSISI 1


POSISI 2



POSISI 3


SOLD / TELAH BERPINDAH MILIK
 EN.NASRUL, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

1 comment:

  1. salam.tuan,
    cincin dah sampai ke tangan saya.terima kasih.
    batu akik darah 2 menjadi lebih gelap dan timbul urat2 pada permukaan batu.

    sangat berpuashati dengan perkhidmatan tuan.
    insyaallah ada rezeki saya tebus lagi sebentuk ya,

    wassalam
    en nasrul hakim
    kedah darul aman

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts- 10 Catatan Paling Popular