SELAMAT DATANG KE BLOG JAUHARI PERMATA HP-0148433833, WHATSAPP 01125439154

Wednesday, December 28, 2011

BATU BUKIT MENTAH - BELUM DICANAI

Gambar foto di atas dan di bawah menunjukkan keadaan batu bukit quartz mentah yang belum dicanai menjadi batu permata. Sebenarnya batu mentah di atas telah dicanai bahagian atasnya untuk memperlihatkan benda asing (mainan istilah orang Kelantan) yang terdapat di bahagian dalam batu itu.
  
 Perbezaan bahagian atas batu bukit yang telah dicanai dengan 
bahagian bawah yang belum dicanai.


Bahagian dalam batu terdapat lumut atau karang berwarna
krim,hitam dan pic/oren.








Tuesday, December 27, 2011

PERMATA AMETRINE

POSISI 1

POSISI 2

Batu permata Ametrine mendapat nama sempena gabungan nama Amethyst (kecubung) dan citrine (cempaka). Gandingan pasangan warna penggenap ini ( ungu dan kuning ) memberi kesan
warna yang kontras dan menarik. Permata ini pasti lebih menarik apabila diikat pada cincin.


CINCIN PERMATA ROSE QUARTZ

POSISI 1

POSISI 2 - PERBANDINGAN SAIZ BATU DAN SYILING 10 SEN

POSISI 3 - BATU MENTAH SEBELUM DICANAI

Gambar di atas menunjukkan batu rose quartz yang belum dicanai.
Batu rose quartz ini sepatutnya boleh dibelah dan dicanai menjadi
dua biji permata rose quartz tetapi oleh kerana mementingkan kualiti maka hanya sebiji saja dapat dihasilkan untuk diikat pada cincin seperti pada gambar di bawah.

POSISI 4

Batu permata rose quartz di atas diikat pada cincin perak buatan tangan dengan ukiran bunga Jawa Tebuk dan kuku suasa.
Saiz cincin = 18



PELBAGAI JENIS BATU PERMATA UNTUK DIIKAT CINCIN

Batu-batu permata di atas adalah daripada 
batu bukit (quartz),akik,pietersite,cempaka (citrine) 
kecubung (amethyst) dan firus.
Setiap biji batu permata itu tempatnya adalah pada 
cincin namun boleh juga disimpan sebagai koleksi.

Batu-batu permata jenis quartz (batu bukit).
Batu-batu permata di atas mempunyai air yang jernih
serta tiada gangguan kabus dan cempera (pecahan bahagian dalam batu). Batu-batu permata ini dikatakan 'tajam' (istilah orang Kelantan) iaitu boleh dikelaskan dalam gred A.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts- 10 Catatan Paling Popular