Batu permata ini kelihatan mempunyai objek seperti kayu pada bahagian dalamnya....waLlah hu a'lam. TELAH DIIKAT PADA CINCIN SOLD - TELAH BERPINDAH MILIK |
Blog Jauhari Permata ini memaparkan salah satu keindahan kejadian Allah subhanahuwataala iaitu batu-batu permata daripada keluarga Quartz,(Batu Bukit),Opal,Pietersite,Labradorite,Tanzanite, Akik,Firus,Delima,Batu Melilih,Pelbagai Fosil dan sebagainya.Untuk maklumat lanjut berkenaan item cincin dan batu permata yang dipaparkan, sila sms/Telegram & whatsapp 01125439154.
Saturday, December 25, 2010
PERMATA KAYU DALAM BATU
Batu Putih Dalam Permata
Batu Permata Karang Tiga Warna - 1
Monday, December 20, 2010
Selamat Datang Ke Blog Cincin Batu Bukit
Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh. Segala bahan serta apa-apa yang terdapat di dalam blog ini adalah hasil daripada pengetahuan dan pengalaman saya serta pembacaan saya melalui laman web dan juga buku-buku yang berkaitan dengan batu permata.Adalah diharapkan agar peminat-peminat batu permata terutamanya permata batu bukit memperoleh sedikit sebanyak maklumat dan pengetahuan yang dapat kita kongsikan bersama,inyaAllah.Saya amat mengalu-alukan komen daripada pembaca,lebih-lebih lagi daripada seseorang yang lebih arif daripada saya kerana ilmu itu amat luas dan semestinya tidak terjangkau oleh seseorang yang masih cetek pengetahuan berkenaan alam batu permata seperti saya ini. Sebarang cadangan, komen serta pertanyaan bolehlah diemailkan ke mohdrosliwfq49@gmail.com atau hubungi/sms ke 0148433833.
Permata batu bukit adalah salah satu daripada ribuan jenis batu yang terdapat dialam maya ciptaan Allah ini.Permata ini adalah tergolong daripada jenis Quartz. Tahap kekerasan batu ini adalah 7 pada skala Mohs.
Saya amat tertarik dengan batu permata bukit ini kerana keunikan bahagian dalamnya yang memaparkan pelbagai jenis batu karang,batu jenis kelopak,jarum,rerambut,pelangi dan sebagainya dengan beraneka warna yang memukau pandangan mata. Ia ditambah pula dengan kepandaian dan kemahiran tukang canai sehingga objek yang terdapat di bahagian dalamnya kelihatan berkilauan dan mempunyai biasan atau dalam istilah Bahasa Melayu Kelantan; "Air Bergolek". Ikatan cincin yang bersesuaian,cantik berseni serta amat halus dan teliti buatannya akan menambahkan lagi keindahan,kehebatan serta daya tarikan batu permata ini.
Batu-batu permata ini serta ribuan jenis batu permata lain yang terdapat pada masa ini adalah telah terhasil jutaan tahun dahulu di bawah perut bumi iaitu melebihi jarak 120 km. Tekanan yang kuat dari atas permukaan bumi telah menyebabkan semua atom karbon terperangkap lalu membentuk kristal-kristal indah putih bercahaya. Melalui perubahan plat benua,tekanan gunung berapi serta fenomena perubahan bumi, batu-batu permata (batu mentah yang belum dicanai oleh manusia) terdesak keluar ke permukaan bumi. Sebahagian daripada batu-batu permata ini menjadi intan berlian manakala yang lainnya terperangkap di celahan gunung-ganang,bukit-bukau dan batu-batuan bercampur unsur mineral yang lain untuk membentuk pelbagai jenis batu permata dengan pelbagai warna yang sungguh menakjubkan.

Hasil gabungan dengan mineral-mineral lain maka terbentuklah pelbagai jenis batu permata seperti;
1- Akik (Agate)
2- Alexandrite
3- Amethyse (kecubung)
4- Ametrine
5- Apatite
6- Aquamarine
7- Batu Besi Lilih
8- Bryls
9- Cat's Eye
10- Amethyse (Kecubung)
11- Cindai
12- Citrine (Cempaka)
13- Diamond (Berlian)
14- Emerald (Zamrud)
15- Fairus
16- Fushite
17- Garnet
18- Intan
19- Jade (Giok)
20- Jarum Mas
21- Kunzite
22- Malaqat
23- Marjan
24- Moonstone
25- Opal (Kalimaya)
26- Padparadscha
27- Quartz (Batu Bukit)
28- Ruby (Delima)
29- Sapphire (Nilam)
30- Sphene
31- Spinel
32- Topaz
33- Turmaline
34- Yaqut
35- Zircon
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts- 10 Catatan Paling Popular
-
Dua biji batu permata akik darah di atas akan diikat pada cincin. Permata akik darah adalah salah satu daripada jenis batu permata yang s...
-
Batu-batu permata di atas adalah daripada batu bukit (quartz),akik,pietersite,cempaka (citrine) kecubung (amethyst) dan firus. Se...
-
POSISI 1 POSISI 2 POSISI 3 POSISI 4 POSISI 5 Batu permata akik darah adalah batu permata yang ama...
-
Batu permata akik kuning mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dari segi nilai estetikanya (keindahan). Dari segi khasiat ada yang me...
-
PILIHAN CINCIN - Design 30 - 38 Di atas ini adalah sebahagian kecil daripada ribuan design ikatan cincin perak u...
-
POSISI 1 POSISI 2 POSISI 3 POSISI 4 POSISI 5 Cincin Batu Pelangi mempunyai keistimewaan serta peminat...
-
POSISI 1 POSISI 2 POSISI 3 Perbandingan saiz batu permata delima putih dengan syiling 10 sen Batu permata deli...
-
Posisi 1 Posisi 2 Posisi 3 Posisi 4 Batu permata Zamrud Rusia ini mempunyai air berkaca warna hijau muda.Ber...
-
POSISI 1 Cincin delima cindai Burma ini dikelaskan dalam Gred A kerana pancaran starnya terdapat hingga pada bahagian warna merah tua...
-
POSISI 1 POSISI 2 POSISI 3 POSISI 4 POSISI 5 Permata Batu Bukit Lumut Hijau ini sungguh jernih airnya de...