Permata batu bukit adalah salah satu daripada ribuan jenis batu yang terdapat dialam maya ciptaan Allah ini.Permata ini adalah tergolong daripada jenis Quartz. Tahap kekerasan batu ini adalah 7 pada skala Mohs.
Saya amat tertarik dengan batu permata bukit ini kerana keunikan bahagian dalamnya yang memaparkan pelbagai jenis batu karang,batu jenis kelopak,jarum,rerambut,pelangi dan sebagainya dengan beraneka warna yang memukau pandangan mata. Ia ditambah pula dengan kepandaian dan kemahiran tukang canai sehingga objek yang terdapat di bahagian dalamnya kelihatan berkilauan dan mempunyai biasan atau dalam istilah Bahasa Melayu Kelantan; "Air Bergolek". Ikatan cincin yang bersesuaian,cantik berseni serta amat halus dan teliti buatannya akan menambahkan lagi keindahan,kehebatan serta daya tarikan batu permata ini.
Batu-batu permata ini serta ribuan jenis batu permata lain yang terdapat pada masa ini adalah telah terhasil jutaan tahun dahulu di bawah perut bumi iaitu melebihi jarak 120 km. Tekanan yang kuat dari atas permukaan bumi telah menyebabkan semua atom karbon terperangkap lalu membentuk kristal-kristal indah putih bercahaya. Melalui perubahan plat benua,tekanan gunung berapi serta fenomena perubahan bumi, batu-batu permata (batu mentah yang belum dicanai oleh manusia) terdesak keluar ke permukaan bumi. Sebahagian daripada batu-batu permata ini menjadi intan berlian manakala yang lainnya terperangkap di celahan gunung-ganang,bukit-bukau dan batu-batuan bercampur unsur mineral yang lain untuk membentuk pelbagai jenis batu permata dengan pelbagai warna yang sungguh menakjubkan.
Hasil gabungan dengan mineral-mineral lain maka terbentuklah pelbagai jenis batu permata seperti;
1- Akik (Agate)
2- Alexandrite
3- Amethyse (kecubung)
4- Ametrine
5- Apatite
6- Aquamarine
7- Batu Besi Lilih
8- Bryls
9- Cat's Eye
10- Amethyse (Kecubung)
11- Cindai
12- Citrine (Cempaka)
13- Diamond (Berlian)
14- Emerald (Zamrud)
15- Fairus
16- Fushite
17- Garnet
18- Intan
19- Jade (Giok)
20- Jarum Mas
21- Kunzite
22- Malaqat
23- Marjan
24- Moonstone
25- Opal (Kalimaya)
26- Padparadscha
27- Quartz (Batu Bukit)
28- Ruby (Delima)
29- Sapphire (Nilam)
30- Sphene
31- Spinel
32- Topaz
33- Turmaline
34- Yaqut
35- Zircon
No comments:
Post a Comment