SELAMAT DATANG KE BLOG JAUHARI PERMATA HP-0148433833, WHATSAPP 01125439154

Wednesday, December 8, 2010

Permata batu bukit atau batu gunung gred A

Perhatian ; Blog ini masih dalam pembinaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 


(Gambar batu-batu permata di atas adalah untuk hiasan sahaja bukan semuanya dalam kategori gred A)

Permata batu bukit yang boleh dikelaskan sebagai gred A haruslah mempunyai cici-ciri seperti berikut;
1- Air yang amat jernih - kejelasan bahagian dalam batu permata tanpa sebarang gangguan seperti kabus.
2- Mempunyai objek yang menarik dan unik seperti batu karang, jarum, pelangi dan sebagainya.
3- Kedudukan objek adalah berkeseimbangan di bahagian tengah.
4- Objek di dalam permata kelihatan timbul iaitu tidak secara hamparan yang rata sahaja.
5- Warna yang menarik dan unik,terutamanya jika terdapat banyak warna.
6- Terdapat lebih daripada satu objek di dalamnya.
7- Saiz batu permata yang bersesuaian iaitu tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
Satu lagi ciri yang terbaik bagi pendapat saya ialah permata tersebut sentiasa kelihatan menarik tidak kira bagi pandangan dekat dan jauh serta dalam keamatan cahaya yang rendah, bahkan menarik perhatian walaupun bagi seseorang yang tidak arif dengan batu permata bukit ini.

Tuesday, December 7, 2010

Antara koleksi permata jarum

Ini adalah sebahagian koleksi permata yang mempunyai jarum di dalamnya Gambar batu jarum yang belum dicanai / batu mentah) akan saya paparkan kemudian. Permata jarum air kuning di posisi hadapan telah berpindah milik kepada Encik Ahmad dari Melaka manakala permata air kuning di belakangnya (posisi tengah) telah berpindah milik  kepada seorang peminat dari Pahang. Call/sms 0148433833.

Monday, December 6, 2010

Cincin Batu Bukit Koleksi


Batu permata ini mempunyai karang yang berkontras warnanya (hitam dan putih).
Keunikan serta kecerahan airnya amat menyerlah.



SOLD

Batu permata seperti ini amat sukar dicari kerana mempunyai ketulan batu berwarna merah di tengah-tengah karang yang berwarna hijau serta airnya yang amat cerah. 


Sebahagian Koleksi Cincin Permata Jarum Gunung Kajang

Ini adalah sebahagian daripada cincin permata Gunung Kajang. Bagi mendapatkan setiap satu batu permata ini amatlah sukar kerana batu-batu bukit dari bukit dan gunung di Malaysia yang berkualiti (gred A dan B)jarang ditemui oleh para pencari batu tempatan,tidak seperti batu-batu permata dari negara luar.
Cincin dan Permata Jarum Hitam Air Kuning
Dari Gunung Kajang
Call/sms 0148433833 

CBB01

Cincin batu bukit Gunung Kajang
Batu permata ini mempunyai jarum hitam dan air yang jernih berwarna kuning. Ia kelihatan sungguh cantik dan unik serta amat sukar diperolehi.Batu permata ini diikat dengan cincin perak dan kuku suasa ( bukan ikatan casting / pasang siap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts- 10 Catatan Paling Popular